Selasa, 30 April 2013

BULAN MEI

ehh . ASSALAMUALAIKUM bulan mei . aku harap bulan mei ini akan lebih baik dari april . biar la bulan april jadi pengajaran dekat aku . mula kan bulan baru dengan senyum cuba hapuskan kesedihan yang telah ada . tabahkan hati dengan ujianNYA . ermm . nak cakap apa lagi nieh . aishhh . hah . now dengan bulan baru nieh aku ambik keputusan untuk hidup single . bukan tak nak couple tapi hati dah beku . hihihi :D . hah tak lupa jugak dekat una dengan piekok .thanks sebab dah sedarkan aku . aku tak kan lupakan korang . :) maaf sebelum nieh aku abaikan korang :( . maaf k maaf :)  . kepada apit . jangan risau kalau kau muncul dalam life aku . insya-allah aku akan terima kau . tapi sekarang aku suka tengok life kau . happy je . haha . tak apa la . anyway di bulan baru ini aku maafkan semua orang k . bubye APRIL . :( banyak yang aku lalui bulan april nieh . perit sangat . tapi aku terima dengan seadanya :)

Sabtu, 27 April 2013

RAHSIA TARIKH LAHIR AKU BULAN JUN :)

  • Rahsia Bulan Kelahiran - Jun     

  • Berfikiran jauh & berwawasan.
  • Mudah ditawan kerana sikap baik.
  • Berperangai lemah lembut.
  • Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
  • Idea yang terlalu banyak di kepala.
  • Bersikap sensitif.
  • Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
  • Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
  • Bersikap suka menangguh-nangguh.
  • Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
  • Cepat marah & cepat sejuk.
  • Suka bercakap & berdebat.
  • Suka buat lawak & bergurau.
  • Otaknya cerdas berangan-angan.
  • Mudah berkawan & pandai berkawan.
  • Seorang yang sangat tertib.
  • Pandai mempamerkan sikap.
  • Mudah kecil hati.
  • Mudah kena selsema.
  • Suka berkemas.
  • Cepat rasa bosan.
  • Sikap terlalu memilih & cerewet.
  • Kurang mempamerkan perasaan.
  • Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
  • Suka pada barang yang berjenama.
  • Mudah menjadi eksekutif.
  • Kedegilan yang tidak terkawal.
  • Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

Rabu, 24 April 2013

TANDA SESEORANG JATUH CINTA :)

1) sidia akan bersungguh sungguh melakukan sesuatu untuk anda dengan rela bukan kerana terpaksa
2) sidia sentiasa ingin menghiburkan anda dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap
3) sidia banyak menasihati kekasihnya kerana sidia amat menyayangi kekasihnya
4) sidia berusaha mengongkong kebebasan anda kerana perasaan cemburunya
5) sidia sentiasa takut kehilangan anda
6) sidia sentiasa mengawasi pergerakan anda kerana sidia sentiasa berasa curiga
7) sidia tidak suka apabila ada lelaki/perempuan lain rapat dengan anda
8) sidia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila anda tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya
9) adakalanya sidia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana sidia mahu anda melayannya lebih dari orang lain
10) sidia menjadi rajin dan sanggup membantu anda melakukan apa saja
11) sidia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh anda
12) sidia akan mengelabah apabila anda berjauhan terlalu lama dengannya
13) sidia sentiasa memastikan keselamatan anda
14) sidia mementingkan anda dari dirinya sendiri
15) sidia kerap bertanya adakah anda mencintainya kerana sidia merasa kasih sayangnya lebih kuat daripada anda
16) sidia tidak akan melayan lelaki/perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya
17) sidia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan anda walaupun terpaksa menunggu anda dengan sabar
18) sidia membanggakan anda di depan orang lain
19) kalau ditinggalkan , sidia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta lelaki/perempuan lain namun sidia sentiasa mengharap anda kembali padanya
20) apabila timbul orang ketiga , sidia akan hilang akal dan sanggup buat apa saja
21) sidia menganggap anda sebagai orang yang paling dipercayainya
22) sidia tidak akan berlaku curang kepada anda namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100%  mencintai anda
23) bukan semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan
24) apabilaa seseorang benar benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas , perubahan sikapnya amat mengejutkan . hati yang keras , tiba tiba secara semulajadi menjadi selembut kapas. bahkan orang yang mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa saja untuk buah hati nya
25) sekeras mana pon hati seseorang ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya di lukai

30 PERKARA LELAKI TIDAK TAHU MENGENAI WANITA :)

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Sabtu, 20 April 2013

EMAK . . I LOVE YOU :)

orang kata aku lahir dari perut mak . . . (bukan orang kata...memang betul) bila dahaga,yang susukan aku...mak bila lapar,yang suapkan aku...mak bila keseorangan,yang sentiasa di sampingku....mak kata mak,perkataan pertama aku sebut...mak bila bangun tidur,aku cari...mak bila nangis,orang pertama yang datang...mak bila nak bermanja,aku dekati...mak bila nak bergesel,aku duduk sebelah...mak bila sedih,yang boleh memujukku hanya...mak bila nakal,yang memarahi aku...mak bila merajuk,yang memujukku cuma...mak bila melakukan kesalahan,yang paling cepat marah...mak bila takut,yang tenangkan aku...mak bila nak peluk,yang aku suka peluk...mak aku selalu teringatkan...mak bila sedih,aku mesti talipon...mak bila seronok,orang pertama aku nak beritahu...mak bila bengang,aku suka luah pada...mak bila takut,aku selalu panggil "mmaaakkk" bila sakit,orang paling risau adalah...mak bila nak exam,orang yang paling sibuk juga...mak bila buat hal,yang marah aku dulu...mak bila ada masalah,yang paling risau...mak yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni...mak yang selalu masak makanan kegemaranku...mak yang selalu simpan dan kemaskan barang- barang aku...mak yang selalu berleter kat aku...mak yang selalu puji aku...mak yang selalu nasihat aku...mak bila nak kahwin...orang pertama aku tunjuk dan rujuk...mak ♥ AKU ADA PASANGAN HIDUP SENDIRI ♥ bila seronok,aku cari...pasanganku bila sedih,aku cari....mak bila berjaya,aku ceritakan pada...pasanganku bila gagal,aku ceritakan pada...mak bila bahagia,aku peluk erat...pasanganku bila berduka,aku peluk erat...emakku bila nak bercuti,aku bawa...pasanganku bila sibuk,aku hantar anak ke rumah...mak bila sambut birthday pasanganku,aku bersusah payah mencari hadiah bila birthday emakku,aku cuma dapat ucapkan "selamat hari lahir mak" selalu..aku ingat pasanganku selalu..mak ingat kat aku bila-bila..aku akan talipon pasanganku entah bila..aku nak talipon mak selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku entah bila aku nak belikan hadiah untuk emak... Renungkan: "Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak? mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah". Berderai air mata jika kita mendengarnya.......... Tapi kalau mak sudah tiada..... ..... MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU SANGAT.... Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya...... berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya...... berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya..... berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya....... berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya.... berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya..... dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya....... Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu: 1) Tolong pergi kedai : RM4.00 2) Tolong jaga adik : RM4..00 3) Tolong buang sampah : RM1.00 4) Tolong kemas bilik : RM2.00 5) Tolong siram bunga : RM3.00 6) Tolong sapu sampah : RM3.00 Jumlah : RM17.00 Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama. 1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA 2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA 3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA 4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA 5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku – PERCUMA Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata, "Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya. JADI DI MANA PUN IBU KORANG ADA SEKARANG NI PERGI LAH CARI DAN PELUK DIA SELAGI BELUM TERLAMBAT.