Sabtu, 20 April 2013
EMAK . . I LOVE YOU :)
orang kata aku lahir dari perut mak . . .
(bukan orang kata...memang betul)
bila dahaga,yang susukan aku...mak
bila lapar,yang suapkan aku...mak
bila keseorangan,yang sentiasa di
sampingku....mak
kata mak,perkataan pertama aku sebut...mak
bila bangun tidur,aku cari...mak
bila nangis,orang pertama yang datang...mak
bila nak bermanja,aku dekati...mak
bila nak bergesel,aku duduk sebelah...mak
bila sedih,yang boleh memujukku
hanya...mak
bila nakal,yang memarahi aku...mak
bila merajuk,yang memujukku cuma...mak
bila melakukan kesalahan,yang paling cepat
marah...mak
bila takut,yang tenangkan aku...mak
bila nak peluk,yang aku suka peluk...mak
aku selalu teringatkan...mak
bila sedih,aku mesti talipon...mak
bila seronok,orang pertama aku nak
beritahu...mak
bila bengang,aku suka luah pada...mak
bila takut,aku selalu panggil "mmaaakkk"
bila sakit,orang paling risau adalah...mak
bila nak exam,orang yang paling sibuk
juga...mak
bila buat hal,yang marah aku dulu...mak
bila ada masalah,yang paling risau...mak
yang masih peluk dan cium aku sampai hari
ni...mak
yang selalu masak makanan
kegemaranku...mak
yang selalu simpan dan kemaskan barang-
barang aku...mak
yang selalu berleter kat aku...mak
yang selalu puji aku...mak
yang selalu nasihat aku...mak
bila nak kahwin...orang pertama aku tunjuk
dan rujuk...mak
♥ AKU ADA PASANGAN HIDUP SENDIRI ♥
bila seronok,aku cari...pasanganku
bila sedih,aku cari....mak
bila berjaya,aku ceritakan pada...pasanganku
bila gagal,aku ceritakan pada...mak
bila bahagia,aku peluk erat...pasanganku
bila berduka,aku peluk erat...emakku
bila nak bercuti,aku bawa...pasanganku
bila sibuk,aku hantar anak ke rumah...mak
bila sambut birthday pasanganku,aku
bersusah payah mencari hadiah
bila birthday emakku,aku cuma dapat
ucapkan "selamat hari lahir mak"
selalu..aku ingat pasanganku
selalu..mak ingat kat aku
bila-bila..aku akan talipon pasanganku
entah bila..aku nak talipon mak
selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
entah bila aku nak belikan hadiah untuk
emak...
Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan
berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk
mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit
sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita
mendengarnya..........
Tapi kalau mak sudah tiada..... .....
MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU SANGAT....
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan
ibunya......
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah
ibunya......
berapa ramai yang sanggup mengantikan
lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan
najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat
dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja
untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang
sembahyang JENAZAH ibunya.......
Seorang anak mendapatkan ibunya yang
sedang sibuk menyediakan makan
malam di dapur lalu menghulurkan sekeping
kertas yang bertulis sesuatu.
Si ibu segera mengesatkan tangan di apron
menyambut kertas yang
dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos
upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum
memandang si anak sambil sesuatu
berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai
sebatang pen dan menulis
sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan -
PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu -
PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu -
PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu -
PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian,
dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku – PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca
apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak
menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,
"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak
mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar"
pada mukasurat yang sama ditulisnya.
JADI DI MANA PUN IBU KORANG ADA
SEKARANG NI PERGI LAH CARI DAN PELUK
DIA SELAGI BELUM TERLAMBAT.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan